KUCHING: Trienekens (Sarawak) Sdn. Bhd. akan menjalankan perkhidmatan kutipan sisa tambahan awal di kawasan terpilih sebagai persediaan perayaan Tahun Baharu Cina akan datang.

Jabatan Komunikasi Korporatnya dalam kenyataan memaklumkan, perkhidmatan pengumpulan tambahan awal di kawasan terpilih melibatkan hari kutipan Isnin dan Khamis.

Katanya, kutipan untuk kawasan ini akan dilakukan lebih awal pada malam 21 Januari 2023 (Sabtu) bermula 5 pagi dan seterusnya.

HEBAHAN perkhidmatan kutipan sisa tambahan awal oleh Trienekens di kawasan terpilih sebagai persediaan perayaan Tahun Baharu Cina.

“Perkhidmatan kutipan pada hari Isnin akan dijalankan mengikut jadual biasa.

“Kutipan tambahan awal pada malam Tahun Baharu Cina dilakukan untuk menampung jangkaan peningkatan sisa isi rumah sebelum perayaan,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Pengurus Jabatan Operasi Logistik Trienekens Mason Barau turut mengingatkan penduduk Kuching yang sibuk membuat persiapan perayaan agar tidak membuang sampah sembarangan.

“Penduduk diggesa menjaga kebersihan kawasan kejiranan masing-masing dan sisa tambahan hendaklah dibungkus dengan selamat dan diletakkan di sebelah tong roda pada hari pengumpulan,” ujarnya.

Antara kawasan di bawah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang terlibat ialah Jalan Rubber, Taman Hong Kong, Jalan Nanas, Jalan Rambutan, Jalan Pisang, Jalan Pisang Utara, Jalan Tengah, Jalan Kim Seng dan Jalan Angsana.

Selain itu, Jalan Keretapi, Jalan Sockalingam, Jalan Green, Lorong Bintang, Jalan Lebuh Cloud Estate, Jalan Sky Garden, Persiaran Cooke, Taman Swee Joo Park, Persiaran Rainbow, Jalan Medan Temple dan Jalan Emerald.

Begitu juga Jalan Westwood, Lorong Tabuan 2, Jalan Bampfylde, Lorong Nyiur, Jalan Datuk Hamdan, Jalan Bukit Hantu, Taman Sun Valley, Lorong Tan Sri Ong Kee Hui 2 dan 4, Lorong Crookshank 2A, 2B dan 4.

Sementara di bawah kawasan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) melibatkan Jalan Mendu, Jalan Kampung Simpang Tiga, Jalan Manggis, Jalan Chong Kuin Kong, Jalan Sim Kheng Hong, Taman Peckey, Jalan Chawan dan Jalan Penyau.

Kawasan lain ialah Jalan Batu Lintang, Jalan Lintang Selatan, Jalan Batu Kinyang, Taman Liong Seng, Jalan Chua Say Chat, Jalan Wee Seng Goon, Jalan Ong Hap Leong, Jalan Ong Tiang Swee, Taman Bunga Teratai, Lintang Park Central, Lintang Utara dan Selatan serta Jalan Uplands.

Di samping itu Jalan Jentera, Jalan Daya, Jalan Bintawa, Bintawa Village, Jalan Buruh, Taman Riverview, Jalan Perbadanan dan Jalan Tambatan.

Turut tersenarai, Jalan Abell, Jalan Tabuan, Jalan Central Timur, Jalan Ellis dan Jalan Sunny Estate.

Jalan Permata, Jalan Rock, Lorong Green 1 dan 3. Jalan Laksmana Cheng Ho, Jalan Stampin Timur, Taman Hui Sing, Jalan Stampin, Jalan Stampin Barat, Jalan Tong Wei Tah.

Tabuan Heights Estate, Lorong Song 3, 3C, 3C1 & 3C4, Lorong Song 1 dan 1A hingga 1G.

Kampung Stutong, Tabuan Heights Boulevard, Lorong BDC A3, A4, A5, A7 dan A9, Jalan Canna, Tabuan Laru serta Tabuan Jaya Baru 1.

Di kawasan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) pula melibatkan Central Avenue (Everbright Park), Sunny Estate, Taman Hong Hong, Dogan Garden, Pearl Garden, 88 Town House, Jalan Burung Lilin, Lorong Arang 2 dan 4 serta Lorong Datuk Kalong Ningkan 2.

Kawasan lain ialah Jalan Ketitir, Everbright Estate, Lorong Dogan 2, 4, 6, 8, 8A dan 10.

Taman Desa Wira, Taman Casawira, Taman Sakura, Taman Bumiko, Everbright Park, Jalan Burung Landas, Lorong Tawi Sli 2, Capital Garden, Taman Berjaya, Jalan Arang, Lorong Arang 3, 5, 7, 11, 12, 13A, 13C, 13F dan 13J serta Taman Wawasan Indah.

Turut tersenarai Taman Sri Emas, MJC Mutiara, Carina Estate, Cambridge Villa, Ensing Garden, Ensing Avenue Apartment, One Stapok Residence, Lorong Stapok Utama 1 dan 3, Jalan Ensing Timur dan Taman Royal.

Kawasan lain ialah Lorong Stephen Yong 2 dan 4 (Inspire Heights), Taman Shinyu, Jalan Chong Jin Chong, Lorong Kuching City Mall 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7A, 7B, 7C, 7D, 8A, 8B dan 8C.

Orang ramai boleh menyemak di pautan (http://trienekens.com.my/cny23/) untuk mengetahui kawasan terlibat dan untuk maklumat lanjut boleh menghubungi 082-612300 atau emel, customercare@trienekens.com.my.

Suara Sarawak