KUCHING: Kerajaan perpaduan perlu mengembalikan semula hak yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kepada Sarawak.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Sarawak Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, pengembalian hak Sarawak bukan sahaja diberikan dalam bidang pendidikan dan kesihatan sahaja memandangkan Sarawak baru-baru ini telah diiktiraf sebagai sebuah wilayah.

“Memandangkan Sarawak merupakan satu wilayah, kita memerlukan lebih peruntukan kerana Sarawak sama besar seperti semenanjung.

BERCAKAP….Timbalan Menteri Belia dan Sukan Sarawak Datuk Gerald Rentap Jabu.

“Itu yang mereka perlu faham, kita mahu kembalikan hak untuk mendapatkan lebih peruntukan. Jadi kalau ada tiga wilayah sekurang-kurangnya 1/3 daripada bajet untuk salah satunya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas memghadiri Program The Sarawak Initiatives Forum Belia Borneo: Agen Perubahan Malaysia Baharu hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ditanya mengenai pengiktirafan Sarawak sebagai wilayah oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Majlis Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Ibu Negara pada Jumaat.

Beliau menambah, kerajaan juga perlu memberi tumpuan terhadap polisi Sarawak sebagai satu wilayah yang terlibat dalam pembentukan Malaysia.

Sarawak harus menjadi satu kuasa ekonomi besar bukan sahaja untuk membantu membangunkan wilayah sendiri malah memyumbang kepada kemenjadian Malaysia.

“Anak-anak Sarawak diharap dapat bekerja keras untuk memastikan kita dapat kelebihan dan peluang yang ada kerana ini antara kaedah terbaharu untuk meningkatkan pendapatan negeri Sarawak,” katanya.

Suara Sarawak