kredit foto FB Pocong Burger Samarahan

Mendengar namanya sahaja sudah menyeramkan.

Bukan gerai jualan berhantu, tetapi mempunyai sebab tersendiri.

Pocong Burger Samarahan, nama itu diambil kerana pemiliknya menyediakan van jenazah secara percuma kepada penduduk setempat.

Apa yang menarik, Pocong Burger Samarahan ini menawarkan burger secara percuma terutama kepada pelajar UNIMAS dan sesiapa sahaja yang tiada wang untuk membeli makanan.

Untuk mendapatkan burger percuma hanya perlu menunjukkan simbol “mini love” kepada mereka.

Mungkin ada segan untuk mendapatkan makanan percuma, boleh menghubungi mereka menerusi aplikasi Whatsapp di nombor 0142886540.

Suara Sarawak