KUCHING: Polis sedang memburu dua lelaki yang melakukan samun bersenjata di sebuah kedai makan di Jalan Stutong, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira jam 4.55 pagi, dengan kedua-dua suspek bersenjatakan parang menyamun kedai makan terbabit sehingga melibatkan kerugian sebanyak RM2,000.

“Pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak telah digerakkan bagi mengesan suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Suara Sarawak