KUCHING: Laporan polis akan dibuat berhubung penggunaan gambar Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dalam satu poster Pelaburan Patuh Syariah yang disebar di media sosial.

Ahli Parlimen Petra Jaya itu mendakwa gambarnya digunakan buat kali kedua dalam poster sama tahun lalu oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Dalam kenyataan Facebook rasminya hari ini, Fadillah menegaskan tidak pernah terlibat dalam pelaburan seperti diiklankan.

POSTER palsu menggunakan gambar Fadillah Yusof yang disebar di media sosial.

“Saya tidak terlibat dengan pelaburan berkenaan.

“Saya juga tidak pernah memberi izin kepada mana-mana pihak untuk menggunakan gambar saya,” katanya, hari ini.

Beliau katanya telah mengarahkan pegawai khasnya di Pusat Khidmat Parlimen Petra Jaya untuk membuat laporan polis mengenai penyebaran poster berkenaan.

Untuk rekod, poster palsu seumpamanya pernah disebarkan melalui perkongsian di media sosial pada tahun lalu oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, laporan polis juga pernah dibuat pada 3 September 2022 mengenai penyebaran poster berkenaan di media sosial.

Suara Sarawak