KUCHING: Penubuhan Pusat Sokongan Sosial Komuniti (CSSC) Kuching selaras dengan komitmen Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di dalam usaha mencapai status negeri maju dengan pembangunan seimbang menjelang 2030.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, kerajaan juga komited terhadap pembangunan yang seimbang melibatkan pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial sekali gus diberikan perhatian yang sewajarnya.

BERUCAP… Fatimah berucap sempena Program Malam Solidariti Kesejahteraan Komuniti Bersama Pemimpin Masyarakat Daerah Kuching di CSSC Kuching, Wisma Ho Ho Lim, dekat sini, malam tadi.

“Dengan penubuhan pusat tersebut kita yakin ia akan memberikan impak positif untuk mencapai inklusiviti sosial, dan kesejahteraan komuniti rentan yang menghadapi masalah sosial dapat dimantapkan,” katanya.

Fatimah yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat CSSC Kuching berkata demikian ketika berucap sempena Program Malam Solidariti Kesejahteraan Komuniti Bersama Pemimpin Masyarakat Daerah Kuching di CSSC Kuching, Wisma Ho Ho Lim, dekat sini, malam tadi.

Bangunan CSSC Kuching di Wisma Ho Ho Lim (bersebelahan RJ Ayam Bakar).

Tambahnya, CSSC Kuching merupakan yang pertama diwujudkan di Sarawak dan diharap dapat menjadi rujukan kepada CSSC di bahagian lain kelak.

“Ini kerana projek seumpama itu akan dilaksanakan di Sibu, Bintulu, Miri, Lawas, Mukah, Sri Aman serta Kapit dan ia juga telah diluluskan di peringkat Kabinet.

RAKAMAN KENANGAN… Fatimah merakam gambar kenangan bersama-sama dengan tetamu kehormat serta jemputan lain.

“Justeru, kita akan menggunakan pengalaman yang diperolehi di dalam menguruskan CSSC Kuching di tempat lain dengan baik,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau memberitahu CSSC Kuching adalah salah satu daripada pusat rujukan intervensi dan sokongan sosial yang disokong oleh KPWK.

Hadir sama Setiausaha Tetap KPWK Noriah Ahmad, Residen Bahagian Kuching Fathi Hambali, Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak Salmah Jobeli, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Adana Jed, Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Shahriah Saharom, Pengerusi The SKUP Kuching Kapitan Peter Wong Huang dan Timbalan Setiausaha Tetap KPWK Nur Alina Abdullah@Colliner Gohe serta wakil yang lain.

Suara Sarawak