KUCHING: Berita baik bagi mereka yang mencari kerja di kawasan Kuching, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Negeri Sarawak dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (Centexs) akan mengadakan temu duga terbuka belia yang menawarkan jawatan di pelbagai organisasi.

Temu duga berkenaan diadakan pada 12 Januari ini (Khamis) dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang di Bangunan Pentadbiran CENTEXS Sarawak, Jalan Sultan Tengah, Santubong Kuching.

Iklan temu duga khas belia

Bagi pautan prapendaftaran dan info penuh jawatan kosong yang ditawarkan, orang ramai boleh melayari https://bit.ly/RegCENTEXS123.

Difahamkan lebih dari 300 kekosongan jawatan daripada pelbagai syarikat ditawarkan termasuk Damai Beach Resort, PD Culinary Sdn Bhd, Watsons Malaysia Sdn Bhd, Arkod Smart Logitech Sdn Bhd, Schlumberger WTA (M) Sdn Bhd, Genting Malaysia Berhad, Ember (F&B) Sdn Bhd, One Medicare Sdn Bhd, Plaza Merdeka Holdings Sdn Bhd, PMB Silicon Sdn Bhd dan Cergas Noble Sdn Bhd (Secret Recipe).

Iklan temu duga khas belia

Bagi mereka yang hadir ke temu duga kelak dinasihatkan untuk membawa dokumen yang berkaitan seperti resume, sijil dan gambar ukuran pasport semasa sesi tersebut.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Asyraf Shahmi (0192894347), Priscillalozia (0192909849), Nazaree (0193802441), David Chin (0196714660) dan Nur Annisah (0192906885).

Iklan temu duga khas belia

Orang ramai boleh melayari www.myfuturejobs.gov.my untuk maklumat lebih lanjut mengenai jawatan kosong yang ditawarkan.

Suara Sarawak