BINTULU : Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing menerusi pegawai khasnya, Steven Kong Kai Seng menyerahkan bantuan berupa makanan kering kepada mangsa kebakaran di Rumah Selanjat Usah, Jalan Ulu Segan, petang tadi.

Sumbangan disampaikan kepada Tuai Rumah Selanjat untuk diagihkan kepada 33 pintu mangsa kebakaran di rumah panjang terbabit.

Steven menyerahkan bantuan berupa makanan kering sumbangan Datuk Seri Tiong King Sing kepada Tuai Rumah Selanjat.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu turut menyalurkan bantuan awal bencana berbentuk makanan kering, peralatan memasak, dapur dan tong gas, tilam, bantal, selimut dan sebagainya kepada mangsa.

Dalam kejadian awal pagi tadi, seramai 138 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila 33 daripada 36 pintu rumah panjang terbabit musnah dalam kebakaran.

Steven menyerahkan bantuan berupa makanan kering sumbangan Datuk Seri Tiong King Sing kepada Tuai Rumah Selanjat.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada jam 9.34 pagi.

Tiada kecederaan mahupun kehilangan jiwa dilaporkan berlaku.

Steven menyerahkan bantuan berupa makanan kering sumbangan Datuk Seri Tiong King Sing kepada Tuai Rumah Selanjat.

Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Insiden kebakaran ini merupakan kali kedua, manakala yang pertama pertama berlaku pada 2011.

Suara Sarawak