Ahmad Adziemy Bohan

 

1. Ahmad Adziemy Bohan
“Inilah kali pertama berkesempatan menunaikan sembahyang Jumaat bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Teruja dan gembira dengan kehadiran beliau, sekali gus dapat menyemarakkan lagi suasana Masjid Jamek dengan kedatangan lebih ramai jemaah menunaikan solat Jumaat.”

Mohd Azim Sahmat

2. Mohd Azim Sahmat

“Kemeriahan Masjid Jamek terasa meriah dengan kehadiran beliau ke sini. Saya gembira kedatangan beliau dapat memeriahkan lagi suasana solat Jumaat di Masjid Jamek. Semoga dengan kemeriahan ini ibadah kita lebih diberkati.”

Tuan Mohd Shalih

3. Tuan Mohd Shalihi Tuan Far

“Teruja sempat bertemu dengan Perdana Menteri baharu yang turut serta bersama-sama rakyat mengerjakan ibadah solat Jumaat. Beliau disambut dengan baik oleh rakyat di sini sekali gus memenuhkan jemaah masjid pada solat Jumaat di sini seperti sambutan hari perayaan.”

Mohammad Khairul

4. Mohammad Khairul Shamsu

“Saya melihat suasana masjid sudah sangat meriah pada jam 12.00 tengah hari lagi. Inilah pengalaman berharga buat kami anak muda dapat bersama-sama Perdana Menteri ke-10 untuk menunaikan solat Jumaat.”

Suara Sarawak