SETIAUSAHA AGUNG FAS… Paza Dan.

KUCHING: Tarikh akhir menghantar borang pencalonan bertanding barisan exco baharu penggal 2023-2025 sempena Mesyuarat Agung Dwitahunan (AGM) Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) pada 20 Januari ini.

Setiausaha Agung FAS Paza Dan memberitahu, perkara tersebut sudah dimaklumkan kepada semua ahli gabungan badan induk menerusi surat yang dikeluarkan sebelum ini.

“Tarikh akhir untuk menghantar borang pencalonan pada 20 Januari ini.

“Masih ada tempoh beberapa hari sahaja lagi untuk individu yang ingin bertanding menyerah borang mereka,” ujar Paza kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau menegaskan, setakat ini pihaknya telah menerima enam pencalonan sejak penyertaan dibuka.

Enggan mendedah lanjut individu yang telah menyerahkan borang pencalonan, Paza mengakui berlaku pertandingan pada mesyuarat yang akan berlangsung di Sarikei itu kelak.

“Pertandingan melibatkan beberapa jawatan penting sahaja. Segalanya, akan terungkai selesai sahaja mesyuarat itu nanti,” tambah Paza lagi.

Suara Sarawak