KELIHATAN api sedang marak menjilat kedai terbabit.

SIBU: Seorang wanita berusia 33 tahun melecur pada bahagian lengan kiri dan kanan selepas sebuah kedai makan di Jalan Unggas di sini ranap dalam kebakaran pada awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataannya berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 5.25 pagi.

ANGGOTA bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran tersebut.

“Susulan itu, BBP Sibu Sentral mengerahkan lapan anggotanya diketuai PBK II Thompson Sumping bergegas ke lokasi kejadian dengan sebuah jentera FRT dan EMRS.

“Kebakaran melibatkan sebuah kedai makan jenis kekal dua tingkat terbakar di bahagian bawah hampir 100 peratus,” katanya.

Bagi tindakan operasi, beliau berkata, pasukan bomba bertindak secara bertahan dengan tindakan awal membentang satu aliran salur bantu mula dan seterusnya membahagikan kepada dua pasukan pemadam untuk mengelak api daripada merebak.

KELIHATAN api sedang marak menjilat kedai terbabit.

“Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 6.06 pagi dan operasi tamat pada jam 6.48 pagi,” jelas beliau.

Beliau menambah dalam kejadian itu terdapat seorang wanita melecur 10 peratus di bahagian lengan kiri dan kanan.

 

 

 

Suara Sarawak