Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

2024: Tiada atlet Sarawak terlepas ke tangan kontinjen negeri lain

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
AWANG PUTRAYUSRIE…Ketua Pegawai Eksekutif.

KUCHING: Tiada atlet Sarawak yang terlepas ke tangan kontinjen negeri lain dalam persiapan menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Bagaimanapun kata Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan, terdapat kalangan atlet temasya lepas yang berada diluar Sarawak ekoran melanjutkan pelajaran dan sebagainya.

Justeru katanya, pihaknya sudah mengingatkan persatuan sukan terlibat temasya berprestij tahun depan memantau atlet masing-masing terutama mereka yang masih boleh bertanding.

“Kita telah menggesa persatuan sukan agar memantau atlet mereka yang masih boleh beraksi di Sukma tahun depan.

“Kita tidak mahu bakat yang dimiliki mereka terbiar begitu sahaja,” tegasnya kepada Arena Suara Sarawak.

Malah katanya, atlet terbabit berpotensi besar untuk menyumbang pingat buat kontinjen Sarawak nanti.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru