ARTIKEL

2030 DIGITALISASI menyerap dalam semua SEKTOR EKONOMI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMA tahun lalu Sarawak membentang Strategi Ekonomi Digital diunjurkan sehingga 2022 dengan menetapkan hala tuju merancakkan ekonomi digital agar mampu berada di barisan hadapan dunia digital.

Pemimpin Sarawak melawat beberapa negara seperti Australia, Finland, Estonia, Jerman, Perancis dan China untuk meninjau serta mempelajari kejayaan ekonomi digital di dunia luar.

Ekonomi digital pada dasarnya berkaitan idea bagaimana masyarakat dapat diatur dengan lebih cekap sambil melindungi maklumat peribadi melalui keselamatan siber.

MALAYSIA HARIMAU DIGITAL ASIA

Di peringkat Persekutuan, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, Malaysia kini di landasan yang tepat untuk menjadi “harimau digital Asia” sejajar usaha negara menghampiri dekad keemasan digital.

Malaysia memberi tumpuan memperkukuh infrastruktur 5G sehingga mencapai sasaran liputan rangkaian 5G sebanyak 80 peratus di kawasan berpenduduk (CoPA) menjelang akhir 2023.

Setakat 31 Julai 2023, rangkaian 5G negara berada pada 66.8 peratus CoPA, manakala 4G mencapai 96.2 peratus CoPA di seluruh negara, Menjelang 2025, ekonomi digital Malaysia diunjur menyumbang 25.5 peratus kepada KDNK atau lebih RM382 bilion selain mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan.

2030 EKONOMI DIGITAL ASEAN RM4.64 TRILION

Unjuran Rakan Pengurusan Serantau Asean EY, Liew Nam Soon yakin ekosistem digital berfokuskan pelanggan sedang terbentuk di seluruh Asia Tenggara bagi menyampaikan nilai pada kepantasan dan skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Asean diyakini memiliki banyak potensi pertumbuhan, didukung fundamental kuat termasuk lebih 460 juta konsumen digital, populasi muda yang celik teknologi, serta kadar tembusan Internet yang meningkat.

Laporan e-Conomy SEA mengungkapkan ekonomi digital di enam negara Asean; Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam diprojeksi tumbuh sebesar 6 peratus setiap tahun.

Pada 2030 jumlah nilai pasaran ekonomi digital Asean diramalkan menembusi AS$1 trilion (RM4.64 trilion).

Menurut Google Temasek dan Bain & Company, ekonomi digital Indonesia menjadi yang terbesar di Asia Tenggara sebesar AS$236 bilion (RM1 trilion) menjelang 2030 berbanding 2022 bernilai AS$77 bilion (RM357.4 bilion).

Ekonomi digital Vietnam pula mampu mencapai sehingga AS$200 bilion (RM928 bilion) pada 2030, Filipina menyentuh sehingga AS$150 bilion (RM696 bilion).

Untuk langkah berterusan, Sarawak perlu memberi perhatian kepada perkembangan ekonomi digital Asean ini.

Di Sarawak, pembangunan ekonomi digital merupakan usaha kolaborasi antara kerajaan dengan sektor perniagaan swasta dan rakyat.

Setakat ini, cabaran membina infrastruktur digital cenderung meningkat di kawasan pedalaman Sarawak.

Cabaran ini perlu digalas untuk mencapai kawasan terpencil ini agar mudah berhubung dengan seluruh dunia, seterusnya mewujudkan peluang ekonomi lebih besar.

Manakala, melihat tujuh tahun ke depan, setelah berjaya menyediakan instrumen dan asas penting ekonomi digital, Sarawak meneruskan langkah beraninya menggubal Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030

PELUANG SARAWAK

Memerhati jejak ekonomi digital Asean yang menggelembung sehingga RM4.64 trilion pada 2030 – berada pada landasan tepat, di situ pasti tersedia pendapatan besar juga buat Sarawak.

Memasuki 2023, dasar dan pelaksanaan ekonomi digital memasuki fasa baharu membawa Sarawak menuju negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Perkara paling penting pada 2030 kelak, sesuai dengan Sarawak mencapai status wilayah maju, berpendapatan tinggi, tiada lagi perbezaan antara ekonomi digital dengan ekonomi lain.

PENYERAPAN

Ketika itu semua segmen ekonomi; perlombongan, pertanian, perhutanan, pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan telah terserap dengan era baharu digital serta dipacu secara digital menggunakan teknologi maklumat (ICT) dan teknologi perbatasan.

Premier pada ucapan penggulungan Sidang DUN Sarawak Ke-19 yakin, kesemua inisiatif ini menyumbang sekitar 20 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sarawak berjumlah RM56.4 bilion pada 2030.

ni sekali gus mewujudkan lebih 45,000 pekerjaan baharu bergaji tinggi dengan 80 peratus Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (MSME) menerima pakai aspek pendigitalan.

Pada 2030 Sarawak mencapai negeri digital dengan kemudahan menjalankan perniagaan dan kerajaan mewujudkan persekitaran perniagaan kondusif serta peluang sama rata untuk rakyat meningkatkan status ekonomi sosial.

Perkara paling penting pada 2030 kelak, sesuai dengan Sarawak mencapai status wilayah maju, berpendapatan tinggi, ekonomi digital menyerap dalam semua sektor ekonomi – sehingga semua aktiviti ekonomi terdapat elemen digital di dalamnya memudahkan urusan muamalah seharian.

BERITA LAIN

Periksa kesihatan percuma

PROGRAM pemeriksaan kesihatan percuma diadakan kepada ibu bapa, guru, termasuk pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Siol Kanan sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Siol

Asah bakat kepimpinan

SEKOLAH Rendah Islam Al-Amin Bintulu mengadakan Program Kem Kepimpinan 2024 pada Sabtu lalu. Kem ini melibatkan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua

Fokus kesedaran biodiversiti

PERTUBUHAN BangsaBangsa Bersatu (PBB) menetapkan 22 Mei pada setiap tahun sebagai tarikh mengingati dan menghargai kepentingan biodiversiti dalam kehidupan seharian. Ia diselaraskan oleh Sekretariat Konvensyen

Asah bakat kepimpinan

SEKOLAH Rendah Islam Al-Amin Bintulu mengadakan Program Kem Kepimpinan 2024 pada Sabtu lalu. Kem ini melibatkan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua

Sarawak tanam 34 juta pokok

Salah satu punca konflik meningkat ialah kehilangan kawasan hutan dan ia dikaitkan dengan penularan penyakit zoonotik — penyakit daripada haiwan kepada manusia. Faktor lain seperti

Fokus kesedaran biodiversiti

PERTUBUHAN BangsaBangsa Bersatu (PBB) menetapkan 22 Mei pada setiap tahun sebagai tarikh mengingati dan menghargai kepentingan biodiversiti dalam kehidupan seharian. Ia diselaraskan oleh Sekretariat Konvensyen

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.