Trending

21 juta keluarga terima beras

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

JAKARTA: Kerajaan Indonesia menyalurkan bantuan beras 10 kilogram kepada 21 juta keluarga kurang berkemampuan bagi meringankan perbelanjaan mereka menjelang Aidilfitri, menurut Menteri Penyelaras Pembangunan Manusia dan Kebudayaan, Muhadjir Effendy.

“Inisiatif ini bertujuan memastikan rakyat kurang berkemampuan masih dapat merasai kemeriahan menyambut Aidilfitri,” katanya selepas menghadiri mesyuarat penyelarasan sambutan Aidilfitri 1444 Hijrah di Ibu Pejabat Polis Negara pada Khamis lalu, lapor berita Antara.

Hari Raya Aidilfitri itu diramalkan pada 22 April 2023.

Sementara itu, mengulas persiapan pengurusan lalu lintas sepanjang tempoh sambutan Aidilfitri, Muhadjir berkata semua kementerian dan institusi berkaitan perlu membuat persiapan dan perancangan bagi memastikan pengurusan trafik yang baik sepanjang cuti itu.

Katanya langkah itu selaras dengan arahan Presiden Joko Widodo atau Jokowi kepada semua pihak supaya bersiap sedia sebaik mungkin bagi mengurangkan kemalangan ketika cuti.

Satu tinjauan yang dijalankan oleh Kementerian Pengangkutan menunjukkan bahawa 123.8 juta orang dijangka pulang ke kampung halaman mereka dalam tempoh tersebut.

Sebagai perbandingan, bilangan pengembara dicatatkan hanya 85 juta pada 2022.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru