ARTIKEL

Afghan medical staff carry the bodies of the victims who lost their lives after an oil tanker caught fire a night before at Salang pass tunnel in Charikar city on December 18, 2022. (Photo by Farid Tanha / AFP)

21 korban bas bertembung lori tangki

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KABUL: Sekurang-kurangnya 21 orang maut, manakala 38 cedera apabila sebuah bas bertembung dengan sebuah lori tangki minyak dan sebuah motosikal di wilayah Helmand, selatan Afghanistan pada Ahad, kata pegawai wilayah.

“Awal pagi ini, berdasarkan maklumat yang diterima setakat ini, sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dalam kemalangan antara bas penumpang, lori tangki dengan motosikal,” kata jurucakap Gabenor Wilayah, Mohammad Qasim Riyaz memberitahu AFP.

Seramai 38 orang lagi cedera dalam perlanggaran itu, kata jabatan penerangan wilayah, mengemas kini jumlah awal 11 mangsa cedera yang disediakan oleh Riyaz.

Perlanggaran itu menyebabkan kenderaan terbakar, dengan imej yang dikongsi oleh jabatan penerangan Helmand di media sosial menunjukkan kenderaan hangus dan kabin lori remuk.

Kemalangan itu berlaku pada awal pagi Ahad di lebuh raya utama antara ibu kota Kabul dengan bandar utara Herat, di daerah Grishk Helmand.

Kemalangan jalan raya yang membawa maut adalah perkara biasa di Afghanistan, sebahagiannya disebabkan jalan kurang baik, pemanduan berbahaya di lebuh raya dan kelonggaran peraturan.

Baca lain  Perarakan Maulidur Rasul yang kurindui

Pada Disember 2022, sebuah lori tangki minyak terbalik dan terbakar di altitud tinggi di laluan terowong Afghanistan, membunuh 31 orang dan menyebabkan berpuluh-puluh lagi mengalami kecederaan melecur.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,