21 Pegawai Bomba dinaikkan pangkat kepada Pegawai Bomba Kanan II

KUCHING: Seramai 21 pegawai bomba di Sarawak menerima penghargaan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan dinaikkan pangkat kepada Pegawai Bomba Kanan II.

Penyerahan pangkat tersebut dilakukan pada majlis ringkas perhimpunan Bulanan (Februari) JBPM Sarawak di bilik seminar Ibu Pejabat JBPM Sarawak, hari ini.

Majlis menyaksikan penyerahan tersebut diserahkan sendiri oleh Pengarah JBPMS Khirudin Drahman@ Hussaini selain menyampaikan sijil Lantikan Advisor STORM kepada PBT II Karim Mohamad dan Sijil Khas kepada PB Kamaruddin Padin yang telah mewakili Malaysia dalam pertandingan Global Fire Paramedics Challenge di Singapura.

Turut diadakan pembacaan ikrar integriti yang diketuai oleh Penolong Pengarah Bahagian Latihan PgKB II Rafie Safar.

Majlis selain itu dihadiri secara maya oleh pegawai dari tujuh Zon dan 34 buah Balai Bomba di Sarawak.

PENGHARGAAN… Pengarah JBPMS Khirudin Drahman@ Hussaini menyerahkan sijil penghargaan kepada salah seorang pegawai bomba

Suara Sarawak