211 positif Covid-19 dengan satu kematian hari ini

KUCHING: Kini direkodkan 211 kes baharu Covid-19 di Sarawak dengan satu kematian dilaporkan hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi satu kenyataan berkata, daerah yang melaporkan kes ialah Daerah Bintulu (70), Sibu (35), Sarikei (21), Miri (19), Kuching (15), Sri Aman (8), Beluru (7), Kapit (6), Meradong (6), Limbang (6), Samarahan (5), Subis (3), Bau (2), Marudi (2), Lubok Antu (1), Julau (1), Serian (1), Mukah (1), Dalat (1), dan Tanjung Manis (1).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 18,707 kes.

“Daripada 211 kes baharu yang dilaporkan, seramai 56 orang menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

Suara Sarawak