ARTIKEL

OPERASI…Sekitar operasi yang dijalankan di Kilometer 408, Lebuhraya Pan Borneo, di sini, Khamis lalu.

22 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu IPD Saratok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Sebanyak 22 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Kilometer 408, Lebuhraya Pan Borneo, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintenden Mathew Manggie berkata, operasi yang bermula pada pukul 3 petang itu dilaksanakan bukan sahaja bagi mencegah jenayah, malah turut memberi tumpuan kepada penguatkuasaan undang-undang lalu lintas, khususnya membabitkan penunggang motosikal.

“Dalam operasi berkenaan, seramai 110 individu diperiksa terdiri daripada 80 lelaki dan 30 perempuan, manakala pemeriksaan turut dilakukan terhadap 90 kenderaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mathew menambah, daripada jumlah itu, kenderaan yang diperiksa membabitkan 12 motosikal, 50 kereta, 21 van dan kenderaan pacuan empat roda serta tujuh lori dan bas.

Kesemua 22 saman yang dikeluarkan itu, katanya, adalah atas pelbagai kesalahan.

“Operasi berkenaan disertai 13 pegawai dan anggota daripada Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKKD), Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD), Balai Polis Saratok, Balai Polis Kabong serta pasukan tugas khas.

“Selain penguatkuasaan trafik, operasi turut bertujuan meningkatkan kehadiran polis di kawasan tumpuan jenayah, termasuk mencegah kes kecurian kenderaan serta mengesan individu yang dikehendaki berkaitan kes jenayah, narkotik dan komersial,” jelas beliau.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU