Trending

220 graduan Politeknik METrO Betong Sarawak bakal diraih dalam Majlis Konvokesyen

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Sebanyak 220 graduan Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS) bakal diraikan pada Majlis Konvokesyen Ketujuh dan Majlis Konvokesyen Komemoratif PMBS yang dijadual diadakan 9 September depan.


Pengarahnya Suhaili Aleh memaklumkan, seramai 107 daripada mereka daripada jurusan Diploma Kewangan dan Perbankan.


Sementara itu, 113 lagi adalah jurusan Diploma Pengurusan Pelancongan.


Perkara tersebut didedahkan semasa kunjung pengurusan tertinggi PMBS terhadap Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Kuching.


Menurut Suhaili, kunjungan yang turut disertai Ketua Jabatan Sokongan Akademik Emirudziawati Juni dan Pegawai Pusat Korporat, Perkhidmatan Perindustrian dan Kebolehpasaran (CISEC) Anderian Baling Piang bertujuan menyampaikan jemputan kepada ADUN Bukit Saban itu.


“Kita menjemput Datuk Amar Douglas Uggah untuk merasmikan majlis konvokesyen yang akan diadakan pada 9 September 2023 di Dewan Suarah Sri Aman,” ujarnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru