ARTIKEL

Minuman keras pelbagai jenama tanpa cukai kastam yang telah dirampas dalam 10 buah kontena semasa serbuan, semalam.

22,000 karton minuman keras pelbagai jenama tanpa cukai kastam dirampas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Sebanyak 22,000 karton minuman keras pelbagai jenama tanpa cukai kastam dirampas dalam serbuan di sebuah dermaga di Jalan Feri Lama, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhammad Rizal Alias berkata, serbuah tersebut telah dilakukan oleh pasukan polis dari Ibu Pejabat Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) lebih kurang jam 7.30 malam.

“Hasil serbuan dan pemeriksaan telah menjumpai pelbagai jenama minuman keras berjumlah 22,000 karton di dalam 10 buah kontena dan disyaki tidak mempunyai cukai kastam.

“Pasukan itu telah merampas kesemua minuman keras dan kontena berkenaan,” menurutnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujarnya, turut dirampas sebuah kapal tongkang, dua buah lori treler dan 10 buah treler dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM11,327,200.

“Tiga lelaki tempatan dan seorang warga asing berumur 43 hingga 59 tahun yang berada di lokasi serbuan telah ditahan bagi membantu siasatan kerana gagal mengemukakan dokumen sah daripada kastam.

“Kesemua suspek direman selama enam hari bermula 4 hingga 10 Mei ini,” jelasnya.

Tambahnya, kesemua rampasan dan tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah dan diserahkan kepada bahagian siasatan jenayah untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

BERITA LAIN

21 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan

KUCHING: Seramai 21 warganegara asing telah ditahan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching menerusi Ops Selera, Ops Belanja dan Ops Kutip di sekitar bandar raya ini,

Arab Saudi permudahkan urusan jemaah haji Malaysia

SEPANG: Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap kecekapan pengurusan operasi haji yang dikendalikan oleh Lembaga

Guru wanita maut, Hilux bertembung Axia

KOTA SAMARAHAN: Seorang guru wanita maut setelah kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan pacuan 4×4 berdekatan Institut Memandu NB Motors Sdn Bhd di sini, tengah

BERITA TERBARU

Sarawak dulu sesingkang mantu rayat

BAU: Perintah Sarawak dipuji laban ngena chara go the extra mile tauka dulu sesingkang ba pengawa meri bantu ngagai rayat di menua tu. Sapit Menteri

Isut mubuk menua Kabo Ulu

ISUT nitih ke jerita, nyadi tuai orang ti muai unak, muai lemetak, muai batang, muai agang di sitak menua Kabo Ulu. Iya tuai orang berimbau,