ARTIKEL

BERCAKAP....Datuk Seri Fatimah Abdullah bercakap pada pemberita pada majlis anugerah perkhidmatan cemerlang (APC) 2023 KPWK dan Agensi di Hotel Imperial - GAMBAR: GHAZALI BUJANG

224 mangsa, empat PPS banjir dibuka setakat Jumaat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Empat buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa akibat banjir telah dibuka di sekitar kawasan Kuching dan Bau.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, jumlah terkini (setakat Jumaat) mangsa yang dipindahkan ke semua PPS itu seramai 224 orang.

“Jadi PPS telah dibuka merangkumi Dewan Masyarakat Stapok yang telah menempatkan bilangan keluarga 42, bersamaan 155 orang, PPS Sinar Budi yang memang akan dibuka tiap-tiap tahun bilangan terkini mangsa ialah 60 orang.

“Ketiga ialah Dewan Malihah juga telah dibuka memandangkan ia merupakan kawasan rendah. Kita khuatir air banjir akan bertambah akibat cuaca hujan namun jumlah setakat ini tiada mangsa yang dipindahkan.

“Manakala satu lagi PPS Balai Segong, Bau, bilangan keluarga ada dua dan jumlah mangsa ialah sembilan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 KPWK dan Agensi bertemakan Shanghai Night di Hotel Imperial, di sini, pada Jumaat.

Dalam perkembangan sama, Fatimah menggesa agar orang ramai memberi kerjasama dengan pihaknya terutama arahan untuk mangsa berpindah ke PPS.

Tegasnya, ia bagi memudahkan proses pemindahan mangsa di samping memastikan situasi kecemasan tidak berlaku akibat keadaan air banjir yang semakin meningkat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU