ARTIKEL

RINGAN BEBAN... Haidar (tengah) menyampaikan sumbangan Ramadan kepada salah seorang penerima.

225 kakitangan terima sumbangan Ramadan dan bantuan ‘Kembali Ke Sekolah 2024’ BDA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU : Seramai 225 penerima terdiri daripada kakitangan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) menerima sumbangan Ramadan dan bantuan ‘Kembali Ke Sekolah 2024’ daripada pengurusan agensi berkuasa tempatan itu, pada Khamis.

Daripada jumlah tersebut, seramai 124 kakitangan menerima sumbangan Ramadan manakala 101 kakitangan lagi menerima bantuan ‘Kembali Ke Sekolah 2024’ yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi BDA, Datuk Haidar Khan Asghar Khan.

Pemberian sumbangan itu disasarkan khusus kepada kakitangan yang mempunyai tanggungan dan berpendapatan RM2,700 ke bawah.

Haidar dalam ucapan ringkasnya berharap sumbangan dan bantuan itu dapat meringankan beban kakitangan terbabit, terutamanya dalam menjalani ibadah puasa Ramadan dan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri serta membantu dalam sesi persekolahan anak-anak.

Hadir sama, Pengurus Besar BDA, Datu Muhamad Yakup Kari, Timbalan Pengurus Besar BDA, Abdul Rahim Abdullah serta pengurusan kanan BDA.

Haidar (tiga kiri) bersama Yakup (tiga kanan) dan Abdul Rahim (dua kiri) merakam gambar bersama para penerima sumbangan Ramadan dan bantuan ‘Kembali Ke Sekolah 2024’ BDA.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)