ARTIKEL

Abang Johari (kiri) melapah daging korban bersama-sama dengan Naroden (dua kiri), Dr Abdul Rahman (dua kanan) dan Rodiyah (kanan) sempena Majlis Penyerahan Lembu dan Daging Korban DUN Gedong 2024 di pekarangan Masjid Al-Kawthar, Kampung Gedong, hari ini. - Foto: JaPen

23 ekor lembu korban diagihkan di kawasan DUN Gedong sempena Aidiladha

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEDONG: Sebanyak 23 ekor lembu korban telah diagihkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Majlis Penyerahan Lembu dan Daging Korban DUN Gedong 2024 yang berlangsung di pekarangan Masjid Al-Kawthar, Kampung Gedong, telah disempurnakan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Daripada jumlah lembu tersebut, sembilan ekor adalah sumbangan Abang Johari, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, lapan daripada Lembaga Amanah Kebajikan Islam (LAKIS) Samarahan, dan enam lagi daripada Ahli Parlimen Batang Sadong.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee, berkata program jelajah korban di setiap kawasan DUN merupakan acara tahunan yang dijalankan oleh pihaknya.

“Justeru, kita bekerjasama dengan tiga ADUN iaitu Sadong Jaya, Simunjan dan Gedong, untuk menjayakan program Jelajah Qurban atau program korban yang juga merupakan aktiviti tahunan kita.

“Memang kita menyediakan peruntukan untuk membeli lembu bagi ibadah korban, sekali gus diagihkan kepada kawasan DUN serta kampung-kampung,” katanya ketika ditemui selepas program tersebut, hari ini.

Abang Johari merakam kenangan semasa menggaul sup tulang daging dengan bergaya bersama tetamu kehormat lain. – Foto: JaPen

Sebanyak 13 lembu diagihkan di kawasan Kampung Gedong Proper manakala 10 ekor lagi bagi kawasan luar Gedong Proper yang telah diserahkan kepada wakil penerima, iaitu Pemanca Melayu Daerah Gedong, Abang Ronee Abang Sa’adili.

Hadir sama, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Abdul Rahman Junaidi, Pemangku Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Seri Mohd Naroden Majais, ADUN Simunjan, Awla Dris, Residen Bahagian Samarahan, Mohamad Irwan Bahari Bujang, Pegawai Daerah Gedong, Tamida Da’adi serta wakil lain.

BERITA LAIN

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

BERITA TERBARU