ARTIKEL

23 kilang ais di Sarawak beroperasi tanpa lesen diperakui KKM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Oleh Mohamad Ikhmal Masnen

KUCHING: Sebanyak 23 kilang di negeri ini dikesan beroperasi tanpa memiliki lesen yang diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Pegawai Kesihatan Persekitaran Unit Pematuhan Domestik Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Ahmad Zaidi Ujang, jumlah tersebut merupakan antara 45 kilang ais yang beroperasi di seluruh negeri.

“Semua kilang tersebut diambil tindakan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian kerana tidak memiliki lesen atau lesen telah tamat tempoh,” katanya kepada Suara Sarawak ketika menjalani pemeriksaan di sebuah kilang bongkah ais, di Petanak, di sini, hari ini.

Turut dihadiri Ketua Penolong Pengarah Kanan (Ketua Cawangan Penguatkuasaan Domestik dan Import) Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Eraou Batang, Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Musa Anyang dan Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (Unit Pematuhan Domestik) Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Mohamad Haimi Jamaludin.

Mengulas mengenai pemeriksaan tersebut, beliau berkata, empat kilang ais di Petanak dan Bintawa, di sini dikesan beroperasi tanpa lesen dari KKM.

Katanya, ia merupakan kesalahan di bawah Peraturan 394A Akta Makanan 1983 iaitu tiada seorang pun yang boleh menyediakan ais dari mana-mana sumber bagi maksud perdagangan atau perniagaan melainkan jika lesen yang dinyatakan dalam Jadual 29 telah diberikan oleh Pengarah.

Justeru, katanya, kilang yang diperiksa telah dikeluarkan notis di bawah Peraturan Seksyen 32B Peraturan Makanan 1983.

Sementara katanya, peralatan kilang turut disita di bawah Seksyen 4(1)(f) Akta Makanan 1983.

Kilang ais yang beroperasi dikesan beroperasi tanpa memiliki lesen yang diperakui oleh KKM.

BERITA LAIN

Penghulu ‘hero’ kami

BINTANGOR: Tindakan pantas seorang penghulu berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah dalam kebakaran di Kampung Abang Amin di sini, hari ini. Insiden kira-kira jam 10.50

BERITA TERBARU