23 persatuan dan kelab di Mukah terima geran RM120,000

MUKAH: Seramai 23 buah persatuan dan kelab di sekitar Mukah telah menerima geran peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM120,000.00 dan telah disampaikan oleh Adun Tellian Yusibosh Balo di Pusat Khidmat N57 Tellian tadi.

Menurut beliau kerajaan Sarawak dibawah naungan GPS akan sentiasa memberikan sokongan penuh kepada semua badan bukan kerajaan (NGO) tidak mengira kaum dan latar belakang.

“Setiap NGO tidak kita agama, bangsa, fahaman dan sebagainya layak menerima peruntukan dan bantuan daripada kerajaan Sarawak.

“Bagi kita setiap bantaun mahupun peruntukan kepada semua NGO kita berikan tanpa mengamalkan sikap ‘pilih bulu,” katanya di sini tadi.

Yusibnos Balo menyampaikan geran kepada wakil persatuan dan kelab yang ada di sekitar Mukah.

Jelasnya menerusi peruntukan tersebut ia dapat membantu menggerakkan aktiviti tahunan kelab dan persatuan masing-masing mengikut perancangan dan ini juga tegasnya kerjaan Sarawk prihihatin kepada semua masyarakat Sarawak tidak kira latar belakang.

Dalam perkembangan sama, apabila ditanya mengenai usaha untuk mewujudkan Tebingan Mukah, usaha tersebut telah dipersetujui oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg dalam perbincangan yang telah diadakan sebelum ini, katanya.

Secara dasarnya tebingan tersebut dibina bertujuan untuk mengelakkan hakisan tebingan sungai disamping berupaya menjudi produk pelancongan setelah projek berkenaan siap.

“Sehingga kini dari pihak teknikal masih mengira kos secara keseluruhan dan perlu turun ke tapak bagi melihat dan mengenalasti perkara bagi memudahkan peruntukkan dapat di sediakan.

“Binaan tebingan tersebut juga telah dianggarkan sepanjangan 1.4 kilometer dari Kuala Tellian yang akan menganjur ke Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Mukah sehingga ke Tapak Kaul Mukah,” katanya kepada Suara Sarawak.

TERIMA KASIH …. Yusibnosh Balo bergambar bersama wakil persatuan dan kelab yang telah menerima geran semalam.