ARTIKEL

Pemotongan bekalan elektrik dijalankan oleh anggota polis bersama pihak SESCO di premis dan kediaman yang didapati terlibat dalam kegiatan perjudian dalam talian.

23 premis sekitar Kuching dipotong bekalan elektrik kerana judi dalam talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 23 premis di sekitar daerah ini telah dipotong bekalan elektrik sejak Januari lepas kerana menjalankan aktiviti perjudian dalam talian.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah, sambil berkata pemotongan elektrik juga dilakukan terhadap dua premis perniagaan di Jalan Padungan dan Jalan Stampin baru-baru ini.

“Kita telah menjalankan pemotongan bekalan elektrik di premis itu bersama pihak SESCO pada 10 Jun lepas kerana kedua-dua premis berkenaan telah dijadikan sebagai pusat pengoperasian judi dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ahsmon, pemotongan elektrik ini dilakukan mengikut kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289).

Berdasarkan peruntukan di bawah seksyen itu, katanya, mana-mana premis yang diputuskan bekalan elektrik tidak boleh disambung semula tanpa kebenaran bertulis daripada ketua polis daerah.

“Tujuan pelaksanaan undang-undang ini adalah bagi mengekang pertambahan kegiatan perjudian, khususnya di daerah kuching.

“Justeru, kamu mengalu-alukan sebarang maklumat berkaitan aktiviti perjudian di daerah Kuching dengan menyalurkan maklumat ke balai polis berhampiran,” katanya.

BERITA LAIN

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy

BERITA TERBARU

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy