ARTIKEL

23,000 pelajar mohon baucar penerbangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Lebih 23,000 pendaftaran bersamaan kira-kira 66 peratus daripada 35,995 pelajar telah mengemukakan permohonan baucar FLYsiswa kepada syarikat penerbangan AirAsia tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, inisiatif FLYsiswa tersebut dijangka akan memanfaatkan kira-kira 50,069 pelajar layak memohon yang berada di universiti awam di seluruh negara.

“Sehubungan itu, penerbangan AirAsia bersedia untuk mengaktifkan semula lebih banyak pesawat dalam beberapa bulan akan datang.

“Ini akan membolehkan kami meningkatkan kekerapan dan menawarkan tambang penerbangan yang lebih rendah, dan memberi manfaat kepada pelajar,” katanya dalam kenyataan semalam.
Pada masa sama kata Riad, pelajar universiti awam boleh mula menebus baucar FlySiswa RM300 dengan AirAsia untuk perjalanan pulang ke kampung halaman tahun depan.

AirAsia komitmen untuk menyokong program FlySiswa tahun depan, satu inisiatif yang digerakkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) untuk memberi peluang kepada pelajar pulang ke kampung halaman dengan harga berpatutan, jelasnya.
Menurut Riad lagi, inisiatif ini bukan sahaja menunjukkan komitmen syarikat penerbangan untuk memastikan kemampuan dengan tambang bernilai tinggi dan kebolehcapaian dengan rangkaian yang luas tetapi juga membolehkan pelajar mendapat manfaat daripada ekosistemnya.
Ini termasuk mata ganjaran AirAsia, tawaran dalam penerbangan dan banyak lagi, ujarnya.

E-baucar AirAsia untuk program FLYsiswa boleh digunakan untuk membuat tempahan penerbangan ke 45 laluan di 10 destinasi antara Semenanjung Malaysia dan Sabah/ Sarawak dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Bharu ke Kota Kinabalu, Sandakan, Kuching, Bintulu, Miri, Sibu dan Labuan.

Ia juga tersedia untuk tempahan penerbangan antara Sabah, Sarawak dan Labuan manakala kriteria permohonan program FLYsiswa ditetapkan oleh MOT.

Riad menambah, program ini terbuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian tinggi di universiti awam di Malaysia.

“Kelayakan termasuk pelajar dari Sabah, Sarawak, atau Wilayah Persekutuan Labuan, belajar di Semenanjung Malaysia; pelajar dari Semenanjung Malaysia, belajar di Sabah, Sarawak, atau Wilayah Persekutuan Labuan; dan pelajar dari Sabah, Sarawak, atau Wilayah Persekutuan Labuan yang belajar di wilayah masing-masing.

“Proses permohonan E-baucar AirAsia boleh dibuat dalam beberapa langkah mudah dengan menekan butang ‘Tebus Sekarang’ di airasia.com/aa/ flysiswa.

Untuk proses penebusan, hanya masukkan nombor baucar pada halaman pembayaran untuk tempahan penerbangan,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Tun Taib meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Mantan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menghembus nafas terakhir di pusat perubatan C-V-S Kuala Lumpur pada 4.40 pagi

Lelaki maut, jatuh Jambatan Batang Salak

KUCHING: Seorang lelaki menemui ajal selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Batang Salak, Jalan FAC di sini, hari ini. Komander Operasi PBK II

BERITA TERBARU

Kanak-kanak empat tahun maut dihempap pokok

JEMPOL: Keseronokan dua beradik mandi di sebuah pusat rekreasi di Batu Kikir bertukar tragedi apabila kanak-kanak lelaki berumur empat tahun maut dihempap sebatang pokok pada

Ex-TYT Sarawak madamka seput tumu pagi tadi

KUALA LUMPUR: Ex-Tuai Pemegai Menua (TYT) Nengeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud madam ke seput ba Palan Perubat C-V-S Kuala Lumpur pukul 4.40

Tun Taib meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Mantan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menghembus nafas terakhir di pusat perubatan C-V-S Kuala Lumpur pada 4.40 pagi