ARTIKEL

2,306 guru Sarawak sertai Program Dwibahasa 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seramai 2,306 guru opsyen dan bukan opsyen Sains dan Matematik, serta guru bahasa Inggeris mengikuti program penggunaan bahasa Inggeris bagi pengajaran Sains dan Matematik, tahun ini.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, Program Dwibahasa (DLP) itu telah mencatat kira-kira 5, 200 guru terlibat program  berdasarkan rekod terkini.

“Tahun ini, 606 guru telah dilatih di bawah program penggunaan inggeris bagi pengajaran sains dan matematik yang turut dikenali sebagai DLP Sarawak.

“Tambahan, 1,700 bukan opsyen sains dan matematik, dan guru bahasa Inggeris juga telah berlatih Program Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan mesyuarat kedua bagi penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19 di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau mendedahkan sebanyak 50 buah sekolah rendah melibatkan 100 orang guru terlibat dalam program ‘Math Plus’ hasil kerjasama dengan Yayasan Antarabangsa Singapura (SIF).

Jelasnya, kerjasama program Math Plus itu merupakan hasil kolaborasi selama empat tahun dan dijangka akan memberi manfaat kepada 13,000 pelajar.

“Saya mesti merekodkan bahawa kami perlu memberikan penghargaan kepasa SIF atas kerjasama mereka.

“Melalui inisiatif ini, kami komited untuk menambah baik kualiti pendidikan untuk anak-anak Sarawak di samping membuka peluang masa depan yang lebih cerah kepada semua,” ujarnya.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU