Kemalangan kereta api di Odisha, India pada petang Jumaat meragut 233 jiwa dengan 900 lagi cedera.
Ketua Setiausaha wilayah Pradeep Jena menulis di Twitter mengatakan, kereta api penumpang bertembung koc kereta api lain yang tergelincir di timur India.
Perdana Menteri Narendra Modi berjanji memberi bantuan sewajarnya kepada mereka yang terjejas.