Perarakan Gawai Dayak 2019 disertai 1,500 warga berbilang kaum

BETONG: Kira-kira 1,500 warga berbilang kaum di kawasan sekitar menyertai Perarakan Gawai Dayak Peringkat Bahagian Betong 2019 yang berlangsung di Kompleks Sukan Betong, seawal 7:00 pagi tadi.

Pelepasan perarakan sejauh 2.2 kilometer menuju Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu.

Rentap dan keluarga turut serta pada perarakan tersebut.

Turut hadir Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat, Residen Bahagian Betong yang juga Penasihat Jawatankuasa Induk Perayaan Friday Belik, Pengarah Kolej Vokasional Betong selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Lim Ah Juan dan Jurutera Bahagian JKR Bahagian Betong merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perarakan Chiresly Francis Kureng.

Dijangka hadir menyampaikan hadiah Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

RM10,000 menjadi habuan bagi pemenang keseluruhan.

 

— SEMUA HAKCIPTA TERPELIHARA (C) 2019 SUARA SARAWAK