ARTIKEL

24 pasukan rebut juara Karnival Futsal Remaja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 24 pasukan akan berentap bagi memburu kejuaraan pada Karnival Futsal Remaja 2023 yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Kota Samarahan pada 25 Disember depan.

Pengerusi Karnival, Abdul Muhtalip Tagak memberitahu, pasukan terlibat mewakili pelbagai kelab handalan sekitar Kuching dan Kota Samarahan.

“Sambutan begitu hebat untuk karnival yang kita anjurkan ini dengan menghimpunkan 24 buah pasukan,” ujar Muhtalip kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Muhtalip, pihaknya menjangka saingan sengit akan berlaku sepanjang sehari karnival itu berlangsung.

“Format karnival secara liga kumpulan, seperti biasa dua pasukan teratas layak ke pusingan kalah singkir,” tambah beliau.

Dalam pada itu, karnival tersebut anjuran V-Foss FC dan turut menyediakan hadiah menarik.

“Pasukan yang berjaya muncul juara akan menerima wang tunai RM600 beserta piala, pingat dan jersi.

“Manakala naib juara pula akan menerima wang tunai RM400, piala dan pingat,” tegas Muhtalip.

Sambil itu, beliau menambah dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing akan menerima wang tunai RM200 beserta pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

LAIN-LAIN BERITA

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini. Tiga

BERITA TERBARU

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu