248 sanitasi awam libatkan 4,023 anggota

KUCHING: Sebanyak 248 operasi sanitasi awam Covid-19 dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak setakat ini.

Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Sarawak Tiong Ling Hii, kerja sanitasi awam ini dilaksanakan pada 30 Mac lalu memfokuskan kawasan epi-centre, parameter epi-centre dan kawasan tumpuan orang ramai.

“Dari 30 Mac sehingga 18 April, sebanyak 89 kerja sanitasi diadakan di Kuching diikuti Samarahan (17), Serian (1), Sri Aman (11), Betong (6), Sarikei (19), Sibu (4), Kapit (3), Bintulu (19), Miri (59) dan Limbang (20).

“Untuk premis yang telah disanitasi terdaripada pasar (46), pasar raya (12), tempat ibadat (55), bangunan kerajaan (59), kawasan perumahan (19), tempat perhimpunan (31), pengangkutan (21), hotel (4) dan kilang (1),” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Ling Hii menambah, setakat 18 April pula, sebanyak 15 operasi sanitasi awam dilaksanakan. Ia meliputi Kuching (5), Samarahan (1), Sri Aman (1), Bintulu (3), Kapit (2), Miri (1) dan Limbang (3).

Seramai 1,921 anggota JBPM terlibat dalam sanitasi awam ini diikuti 1,068 pihak berkuasa tempatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (422), Rela (162), APM (218), PDRM (112), pejabat daerah (35), Polis Bantuan (5) dan lain-lain (80).