ARTIKEL

25 badang taruhan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BARISAN 25 atlet gusti lengan Sarawak bakal berentap untuk meraih gelaran juara dalam Kejohanan Gusti Lengan Kebangsaan di Petaling Jaya pada 7 November depan.

Empat daripadanya 25 merupakan atlet wanita yang akan menggalas tanggungjawab besar untuk bersaing dengan 11 negeri lain.

Timbalan Presiden Kelab Gusti Lengan Premier 101 Stephen Kee Chu Kiong berkata, pasukan Sarawak di tempat ketiga dalam saingan tahun lepas, tewas kepada Putrajaya (juara) dan Sabah (naib juara).

“Tahun lepas kita hanya mendapat enam pingat emas, enam perak dan enam gangsa. “Tahun ini, kita akan berusaha memperbaiki prestasi kutipan pingat emas,” kata Stephen Kee.

Tambah beliau, kejohanan kali ini turut menyaksikan pertarungan hebat ‘tiga penjuru’, Putrajaya, Sabah dan Sarawak. Jaguh gusti lengan nombor satu negara Abigail Kee Zing Ning akan mengetuai pasukan Sarawak dalam pertandingan tersebut.

Jelas beliau, pemenang dalam kejohanan peringkat kebangsaan itu akan mewakili negara ke Kejohanan Gusti Lengan Dunia di Florida, Amerika Syarikat pada September tahun depan.

Dalam pada itu, Stephen menjelaskan bahawa kelabnya akan mengadakan Kejohanan Gusti Lengan Sarawak pada Oktober depan.

“Sebanyak 12 kategori bakal dipertandingkan yang membabitkan penyertaan kelab dari Kuching, Sibu, Bintulu, Samarahan, Sri Aman dan Miri.

“Melalui pertandingan itu kita akan membuat pemilihan atlet yang bakal mewakili Sarawak ke Kejohanan Gusti Lengan Kebangsaan,” jelasnya. Beliau akan mempertaruhkan 11 atlet untuk ke pertandingan tersebut.

BERITA LAIN

Malaysia langkah kanan, tuai dua pingat gangsa

PETALING JAYA: Malaysia memulakan kempen Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23 dengan langkah positif selepas menuai dua pingat gangsa pada hari pertama saingan yang berlangsung

BERITA TERBARU