ARTIKEL

SERAH...Awla Dris (dua dari kiri) menyerahkan daging korban kepada salah seorang penduduk kamoung.

25 ekor lembu dikorban di Simunjan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMUNJAN : Sebanyak 25 ekor lembu dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Korban Daerah Simunjan pada tahun ini.

Dari jumlah tersebut, 19 ekor disumbangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.25 Simunjan, Awla Dris dan enam ekor lagi sumbangan Lembaga Amanah Kebajikan Islam (LAKIS) Bahagian Samarahan.

Menurut Awla, sebanyak 22 ekor lembu tersebut telah diagihkan ke kampung-kampung dalam Daerah Simunjan melalui setiap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Manakala tiga ekor lagi diagihkan kepada tiga agensi kerajaan.

Beliau sendiri turun padang menyaksikan acara penyembelihan lembu-lembu tersebut dan bersama jawatankuasa terlibat melapah daging korban berkenaan.

“Alhamdulillah tahun ini kita berkesempatan untuk sama-sama menjayakan program korban ini.

“Tiga lokasi telah dipilih pada tahun ini untuk diadakan simbolik penyerahan daging korban tersebut iaitu Perkarangan Surau Darus Salihin, Kampung Nanas, Pekarangan rumah Ketua Kaum Kampung Hijrah Fasa 2 dan Dewan Kampung Kelka,” katanya.

Awla berkata demikian ketika ditemui media dalam Program Jelajah Ibadah Korban Daerah Simunjan semalam.

Dalam pada itu, beliau kagum dengan semangat kerjasama yang ditunjukkan penduduk kampung yang terlibat.

“Inilah keistimewaan setiap kali sambutan Hari Raya Aidiladha, kita dapat melihat kerjasama erat yang ditunjukkan penduduk kampung dalam memastikan proses mengagih daging korban dapat dilaksana dengan begitu lancar sekali.

“Saya berharap semangat kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” ujar Awla.

Kesemua daging korban tersebut turut diagihkan kepada golongan asnaf dan penduduk-penduduk kampung di Daerah Simunjan.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

BERITA TERBARU