ARTIKEL

Mancha menunjukkan antara rampasan dadah di Lapangan Teebang Miri, pada sidang media hari ini

25 kg syabu bernilai RM848,100 dirampas di Miri, tiga lelaki tempatan ditahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Lebih 25,000 gram atau 25 kilogram (kg) dadah disyaki jenis syabu dianggarkan bernilai RM848,100 dirampas hasil penahanan tiga lelaki warga tempatan yang terlibat dalam sindiket pengedaran bahan terlarang, di sini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, kesemua suspek berusia sekitar 29 hingga 45 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan pada 24 Januari lalu oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

Jelasnya, tangkapan pertama dibuat ke atas seorang suspek di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Miri sejurus tiba dari Kuala Lumpur, kira-kira jam 9 pagi.

Antara dadah serta barangan lain yang turut dirampas oleh pihak polis

“Hasil pemeriksaan ke atas bungkusan dan bagasi yang dibawa didapati mengandungi dadah disyaki syabu seberat 25,700 gram dadah.

“Berikutan daripada tangkapan tersebut, pihak polis seterusnya berjaya menahan dua orang lagi suspek yang merupakan ahli sindiket berkenaan pada hari yang sama di parkir sebuah pasar raya pada jam 9.30 pagi.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas pada kali ini merupakan tangkapan terbesar di Sarawak setakat ini, dan ia boleh digunakan untuk kegunaan 128,500 orang penagih,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Selain itu katanya, pihak polis turut menyita beberapa barangan milik mangsa termasuk dua bentuk cincin emas berat kasar masing-masing 5.12 gram dan 3.77 gram bernilai keseluruhan RM2,667.

Katanya, polis juga turut menyita sebuah kereta jenis Perodua Axia bernilai RM16,000 disyaki milik suspek kedua, dan jumlah keseluruhan nilai sitaan adalah RM18,667,” ujarnya.

Mancha berkata, ujian saringan awal kencing terhadap ketiga-tiga suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine, dan dua daripada suspek didapati mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Kesemua suspek kini telah ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

BERITA LAIN

Baitul Mahabbah Bekenu lebih kondusif

MIRI: Penubuhan Baitul Mahabbah Bekenu membuktikan keprihatinan kerajaan dengan komitmen Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam memastikan hak asasi serta kebajikan

BERITA TERBARU

STU erat hubungan kerjasama dengan JPNS

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Rabu lalu (29 Mei). Presidennya, Kullin Djayang berkata,

Penunggang motosikal maut bertembung kereta

SEBUYAU: Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Seruyuk ke Sebuyau