ARTIKEL

Pelajar yang terpilih untuk mengikuti program UGLAM terdiri daripada 25 pelajar yang cemerlang daripada 10 gugusan akademik.

25 pelajar cemerlang UiTM Sarawak terpilih sertai program ‘UiTM Global Ambassador’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: ‘UiTM Global Ambassador’ (UGLAM) Cawangan Sarawak buat pertama kalinya ditubuhkan bagi menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti silang budaya selain untuk membina jaringan antarabangsa yang berupaya memberikan impak positif kepada individu terlibat dan UiTM secara keseluruhannya.

Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik, Antarabangsa) dan Menjalankan Fungsi Rektor, UiTM Sarawak, Prof. Madya Ts. Chm. Dr Mohammad Isa Mohamadin, berkata pelajar yang terpilih untuk mengikuti program UGLAM terdiri daripada 25 pelajar yang cemerlang daripada 10 gugusan akademik.

Katanya, prosedur pemilihan yang ketat dan sistematik telah dipraktikkan semata-mata untuk memastikan calon UGLAM ini adalah dalam kalangan pelajar yang layak dan menepati kriteria yang diperlukan bagi menjadi duta muda kampus berkenaan.

“Penubuhan UGLAM ini merupakan satu langkah penting untuk meningkatkan visibiliti global UiTM Cawangan Sarawak.

“Melalui pelbagai aktiviti bertaraf antarabangsa dan pertukaran budaya, pelajar UiTM Cawangan Sarawak akan beroleh pengalaman yang bernilai untuk mempersiapsiagakan mereka menjadi individu yang berfikiran global,” katanya pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan UiTM Global Ambassador (UGLAM) Cawangan Sarawak Anjuran UiTM Global Cawangan Sarawak (UGS), pada Rabu.

Beliau berkata, pengalaman itu bukan sahaja dapat memperkayakan kehidupan akademik dan peribadi mereka, malah akan menyumbang kepada reputasi dan meletakkan UiTM Cawangan Sarawak di persada antarabangsa.

Dalam dunia yang saling berhubung hari ini, katanya, pemahaman tentang silang budaya dan kerjasama antarabangsa perlu diberi penekanan penting yang memerlukan komitmen padu daripada semua pihak.

“UGLAM menyediakan satu wadah buat para pelajar dengan peluang dan ruang untuk berinteraksi dengan pelbagai budaya, meluaskan perspektif, dan membangunkan kemahiran mereka untuk membina jaringan yang penting dalam masyarakat global.

“Program ini mampu menyediakan mereka untuk menjadi pemimpin masa depan yang berkemampuan bagi mengemudi dan menyumbang dalam dunia yang semakin pelbagai dan kompleks.

“Kepada para duta muda baharu yang dilantik, saya berharap agar anda semua dapat mengalas amanah dan tanggungjawab ini dengan penuh semangat dan berdedikasi.

“Anda dipilih atas kualiti dan potensi luar biasa yang ada pada diri anda,” katanya.

BERITA LAIN

Kerjasama erat KMKK bawa banyak kemajuan

SARATOK: Semangat bersatu padu dan kerjasama erat barisan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) menjadi semangat kepada wakil rakyat untuk membawa lebih banyak pembangunan. Perkara

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Kerjasama erat KMKK bawa banyak kemajuan

SARATOK: Semangat bersatu padu dan kerjasama erat barisan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) menjadi semangat kepada wakil rakyat untuk membawa lebih banyak pembangunan. Perkara