ARTIKEL

250 kanak-kanak tadika berpiknik meriahkan sambutan Hari Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BUTTERWORTH: Seramai 250 kanak-kanak dari enam cawangan Tadika Khalifah Intelek (TKI) menyertai program piknik di kawasan pantai sekitar sini hari ini yang dianjurkan pengurusan tadika berkenaan sempena meraikan sambutan Hari Malaysia.

Ketua pegawai eksekutif TKI Afirah Tul Abidah Taufik berkata antara aktiviti yang dilakukan termasuk permainan tradisional dan menyanyikan lagu-lagu rakyat dengan bertujuan memberi pendedahan kepada kanak-kanak yang berumur empat sehingga enam tahun itu mengenai negeri-negeri dalam Malaysia yang mempunyai pelbagai tradisi dan budaya.

“Kanak-kanak menzahirkan kegembiraan dan kehairanan apabila diperkenalkan kepada permainan tradisional tetapi mereka juga menunjukkan minat yang mendalam kerana ramai yang tidak pernah bermain atau melihat permainan tersebut sebelum ini.

“Mereka paling teruja dengan permainan layang-layang dan gasing. Pendedahan ini diharapkan boleh menghubungkan generasi muda dengan tradisi dan budaya kita yang kaya,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata program itu diadakan di sebuah kawasan lapang di tepi pantai di sini bagi menawarkan suasana yang nyaman dan berbeza dari persekitaran tadika harian, selain mendekatkan kanak-kanak dengan alam semula jadi.

Katanya melalui kombinasi lokasi dan tema, pihak tadika berharap untuk mencipta pengalaman yang bermakna dan bersifat mendidik untuk kanak-kanak, sambil menghargai keindahan dan warisan Malaysia.

– BERNAMA 

BERITA LAIN

PERKESO lancar operasi kesan majikan besar-besaran

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat PERKESO di seluruh negara, semalam.

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP