25,400 liter minyak diesel tanpa permit dirampas

BINTULU: Batalion 12 Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri merampas 25,400 liter minyak diesel dan 1,200 liter petrol bernilai RM259,458 yang disimpan tanpa permit sah di dalam tangki dan tong di sebuah stor tidak bernombor di Batu 8, Jalan Bintulu- Miri

Ketua Cawangan Ketua Cawangan PPDNKK Bahagian Bintulu, Nazari Hassan berkata dalam operasi 10 pagi tadi, pasukan dari Cawangan Risik BN 12 PGA Miri turut merampas sebuah lori tangki yang dipercayai digunakan untuk memindahkan minyak diesel dan petrol.

Semasa pihak polis menghampiri kawasan stor berkenaan, katanya, terdapat dua individu, masing- masing pemandu lori dan penjaga stor di dalam.

Naziri bersama anggota Batalion 12 Pasukan Gerakan Am Miri memeriksa tangki yang digunakan untuk menyimpan minyak diesel dan petrol tanpa permit sah di sebuah stor tidak bernombor di Batu 8, Jalan Bintulu- Miri.

Hasil pemeriksaan telah menemui sejumlah 25,400 liter minyak diesel dan 1,200 liter petrol yang disimpan di dalam tangki dan tong di kawasan rumah terbabit berserta empat unit pam enjin dan hos yang digunakan untuk memindahkan minyak.

Dipercayai, minyak diesel dan petrol terbabit dijual kepada ladang- ladang sekitar Bintulu.

Kesemua barangan rampasan termasuk peralatan akan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hel Ehwal Pengguna Cawangan Bintulu untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun.

Suara Sarawak