ARTIKEL

Kredit: REUTERS/Peter Cziborra/File Photo | BERNAMA

2,600 pesawat Boeing 737 hadapi pemeriksaan FAA berhubung isu topeng oksigen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON. Amerika Syarikat (AS): Persekutuan Pentadbiran Penerbangan (FAA) AS pada Isnin lepas mengarahkan pemeriksaan topeng oksigen penumpang pada kira-kira 2,600 pesawat Boeing kerana masalah dengan bahan pelekat yang boleh menyebabkan topeng itu beralih daripada kedudukan asal, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Kerosakan ini boleh menyebabkan ketidakupayaan untuk menyediakan oksigen tambahan kepada penumpang semasa insiden penyahtekanan,” kata FAA.

Menurut FAA, arahan pemeriksaan itu dibuat selepas beberapa laporan daripada penumpang yang menyatakan unit topeng oksigen telah beralih daripada kedudukan kerana “kegagalan pengekalan”.

Isu itu menjejaskan kedua-dua versi lama dan lebih baharu pesawat Boeing 737.

FAA pada masa ini tidak dapat menganggarkan bilangan pesawat yang terjejas oleh kecacatan berkenaan dan memerlukan pembaikan semula.

Sementara itu, FAA berkata arahan kelayakan terbang mereka berkuat kuasa serta-merta dan memerlukan pemeriksaan serta tindakan pembetulan, jika perlu, dalam tempoh 120 hingga 150 hari, bergantung kepada model 737, lapor Xinhua.

Menurut FAA, syarikat penerbangan mesti memeriksa dan, jika perlu, mengganti atau membaiki penjana oksigen dan pad terma. – BERNAMA

BERITA LAIN

Roda pesawat Boeing tercabut semasa berlepas

LOS ANGELES: United Airlines berkata ia sedang menyiasat bagaimana roda pesawat Boeing 757-200 tercabut semasa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada Isnin sebelum

BERITA TERBARU

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja