Trending

261 kes baharu Covid-19 di Sarawak hari ini dengan satu kematian

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Sarawak merekodkan 261 kes positif Covid-19 dan satu kes kematian baharu, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri ini meningkat kepada 72,213 kes dan 450 kes kematian.

“Daripada 261 kes positif yang dikesan, sebanyak 106 kes dikesan di daerah Kuching, Meradong (33), Saratok (30), Serian (17), Sibu (15), Sri Aman dan Lundu masing-masing 14 kes serta empat kes masing-masing di Miri dan Bau.

“Selain itu, tiga kes masing-masing direkodkan di Bintulu, Mukah, Beluru dan Bukit Mabong, dua kes masing-masing di Kapit, Pakan, Sarikei dan Song, manakala satu kes dikesan di Samarahan, Belaga, Lawas dan Tatau,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kes kematian pada hari ini, JPBN mendedahkan kes kematian baharu itu melibatkan seorang lelaki rakyat Sarawak dari Serian berusia 58 tahun.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru