ARTIKEL

EKSESAIS…Antara anggota yang terlibat dalam perbarisan Eksesais Pasak Bumi Siri 1/2024.

263 tentera terlibat eksesais, uji pelbagai kemahiran dalam keadaan mencabar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Seramai 263 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menyertai pembukaan Eksesais Pasak Bumi Siri 1/2024 telah diadakan di Padang Kawad Batalion Ke-10 Rejimen Renjer Diraja, Kem Muara Tuang di sini baru-baru ini.

Menurut kenyataan media Markas 1 Divisyen hari ini, eksesais yang disertai oleh 12 Pegawai dan 251 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah diadakan selama lapan hari bermula 21 hingga 28 Mei lepas.

“Pembukaan eksesais yang dirasmikan oleh Pemangku Panglima 3 Briged, Kol Mohamed Rosly Darasid turut melibatkan pasukan-pasukan di bawah naungan formasi 1 Div dan 3 Bgd iaitu 71 BOD, 3 Wksp Bgd, 3 SSB dan Rej 511 AW,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, pelaksanaan eksesais dijalankan di sekitar kawasan Kg Tembawang Baru sehingga ke Sampadi.

Pelaksanaan EPB ini melibatkan atur gerak Pasukan Tempur sejauh 40 kilometer (km) dan Pasukan Bantuan Tempur sejauh 25 km, jelas kenyataan itu.

“Antara objektif eksesais adalah meningkatkan daya pemerintahan dan kawalan di peringkat Seksyen, Platun dan Kompeni dalam keadaan yang mencabar.

“Selain itu ia turut menguji tahap kemahiran individu dalam pandu arah; disiplin medan; ilmu Medan Perang (IMP) serta taktik dan kompetensi Ket Komp, Ket Pl dan Ket Sek dalam perancangan dan pelaksanaan serang hendap; serangan serta-merta termasuk serangan ke atas khemah musuh.

“Pelaksanaan eksesais ini juga seiring dengan Teras Pertama yang telah digariskan di dalam Perintah Ulung Panglima Tentera Darat ke-30 iaitu Cakna Etos Kepahlawanan,” kata kenyataan itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU