ARTIKEL

IKRAR…Iskandar (tengah) bersama peserta yang lain melafaz ikrar dalam menghadiri Program Pengukuhan Integriti dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah PMU 2024, di sini, baru-baru ini.

269 ikrar bebas rasuah, budayakan integriti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MUKAH: Seramai 269 staf Politeknik Mukah (PMU) menghadiri Program Pengukuhan Integriti dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah PMU 2024, di Dewan Kuliah Utama di sini.

Peserta terdiri daripada pengurusan tertinggi, pegawai pendidikan pengajian tinggi merangkap pensyarah dan juga staf sokongan PMU.

PMU menerusi satu kenyataan berkata, taklimat program ini telah disampaikan oleh Penolong Kanan Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sibu Among Jengga.

“Objektif taklimat adalah untuk membudayakan integriti dan menanam perasaan benci kepada jenayah rasuah dalam kalangan kakitangan.

“Taklimat yang disampaikan merangkumi konsep asas tentang nilai integriti, bentuk perbuatan rasuah dan salah guna kuasa dalam kehidupan seharian serta organisasi.

“Selain itu, langkah-langkah pencegahan rasuah turut dikongsikan dalam taklimat tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, simbolik menandatangani Borang Ikrar Bebas Rasuah telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Akademik) Iskandar Reduan.

Selesai simbolik tersebut, semua peserta membaca Ikrar Bebas Rasuah beramai-ramai. Hadir sama Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Sophian Sout.

BERITA LAIN

MAS sudah kembali beroperasi

KUCHING: Malaysia Airlines kini memulakan operasi pengembalian semula penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke dan dari Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan

BERITA TERBARU