Trending

27 pasukan berentap dalam Regata Simunjan 2023

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
ADUN SIMUNJAN... Awla Dris.

SIMUNJAN: Acara sukan air berprestij, Regata Simunjan 2023 akan berlangsung dari 22 hingga 24 September ini.

Sebanyak 27 pasukan akan berentap dalam pertarungan tiga hari itu yang sekali gus merupakan acara penutup Pesta Simunjan 2023.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris memberitahu, himpunan pasukan bertanding turut melibatkan penyandang gelaran Raja Sungai 2019 iaitu Mahkota Dewa.

Pasukan lain yang turut serta ialah Team Komeng, Punggor Cemerlang, Cahaya Intan, Intan Terpilih, Raja Laut, Jalak Lenting Bujang Pantong, Panglima Pantong FT Burak Terbang, Bujang Ilau, Dayang Sapiah Puteri Sedilo, Ibnur Firnas/Pancar Arus, Cahaya Batu Naga, Benak Sadong N25/P200 Puteri Radiyah, Sinaran Ratu Siska, Mutiara Ku, Deyok Itam, Tajai, Bujang Sigat, Pulong Terbang, Imbok Setiaraja Batak Lampong, Cahaya Puteri Lilin (CPL), Cahaya Sulung Sebuyau, MRT Gedong, Jang Pelangi, Ranting Kelka Lamak, Gedongb1 dan Madinah Cafe.

“Kita menjangkakan pertembungan sengit akan berlaku sepanjang tiga hari perlumbaan yang membabitkan 27 buah pasukan itu,” ujar Awla kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Awla, empat kategori dipertandingkan iaitu perahu bidar 10, 15, 20, 25 dan 30 orang pekayuh.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru