ARTIKEL

SELESAI KURSUS... Pengadil terlibat bergambar selesai kursus.

27 pengadil tamat kursus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seramai 27 pengadil telah mengikuti Kursus Bimbingan dan Ujian Pengadil Bola Sepak, Futsal Kelas 1 Kebangsaan 2023 dari 15 hingga 17 Disember lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serian.

Himpunan pengadil terbabit, 23 daripadanya pengadil bola sepak manakala empat orang pengadil futsal.

Menurut Pegawai Pembangunan Pengadil Negeri Sarawak, Busrah Eri, program yang berlangsung  tiga hari itu dikendali oleh Ketua Jabatan Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),
Kassim Kadir Baca dan Instructor Futsal FAM Mohd. Kamil Yusuf.

Katanya, penganjuran kursus berkenaan selain dilihat sebagai usaha memperkasa pembangunan pengadil di negeri ini.

“Barisan tenaga pengadil terbabit dapat menampung keperluan pada kejohanan yang akan dianjurkan kelak,” ujar Busrah kepada Arena Suara Sarawak.

LAIN-LAIN BERITA

TNB buru gelaran treble

KUALA LUMPUR: Setelah menamatkan kemarau 21 tahun untuk merangkul kejuaraan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2024 semalam, Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini dalam misi memburu gelaran

BERITA TERBARU