ARTIKEL

Warga asing berjaya ditahan dalam satu serbuan yang mengejut di sebuah rumah kongsi tapak pembinaan di Marudi pada 22 Mei lalu

27 warga asing berjaya dicekup atas pelbagai kesalahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seramai 27 warga asing daripada pelbagai negara telah ditahan dalam satu serbuan mengejut oleh Unit Penguatkuasa Imigresen (UPI) Miri dan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) ke atas sebuah rumah kongsi tapak pembinaan di Marudi.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan di akaun Facebook Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak, serbuan tersebut yang dijalankan pada 22 Mei lalu atas maklumat risikan dan aduan.

“Operasi yang bermula pada awal pagi tersebut telah memeriksa seramai 37 individu, dan daripada jumlah tersebut, seramai 27 individu pelbagai warganegara telah ditahan.

“Kesemua individu tersebut didapati telah melakukan kesalahan seperti tinggal melebihi masa, tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan tidak mempunyai pas atau permit yang sah untuk tinggal di Malaysia.

“Tahanan terdiri daripada warganegara China, Filipina dan Indonesia,” katanya.

Ekoran itu, kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (c) dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

JIM Sarawak menyeru kepada para majikan untuk lebih bertanggungjawab dengan membuat permohonan pas kerja untuk pekerja asing di bawah seliaan mereka bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang.

Sementara itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dinasihatkan untuk menyalurkan maklumat kepada JIM atau melalui saluran aduan dalam talian sedia ada.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat