2,783 tentera Azerbaijan terkorban dalam perang menentang Armenia

AZERBAIJAN: Kementerian Pertahanan Azerbaijan di Baku, memberitahu hampir 2,800 orang anggota tenteranya terkorba, manakala 100 lagi dilaporkan hilang dalam perang tercetus antara negara itu dengan Armenia di Nagorno Karabakh.

Memetik laporan CNN Indonesia, Nagorno-Karabakh merupakan punca perbalahan kedua-dua negara sejak sekian lama dan pertempuran terbaru Armenia dan Azerbaijan tercetus September lalu.

Ia berlanjutan di sebalik desak-an Perancis, Rusia dan AS agar kedua-dua pihak mengadakan gencatan senjata. Pada 9 November lalu Armenia dan Azerbaijan menandatangani perjanjian damai yang menyaksikan Rusia bertindak menjadi orang tengah di antara dua pihak yang berbalah.

Berdasarkan perjanjian tersebut, Armenia kehilangan kawalannya di tujuh daerah yang direbutnya di sekitar Karabakh. Hampir 2,000 pasukan keselamatan Rusia dikerah berkawal di sempadan kedua-dua negara.

Sejak perang meletus lebih 90,000 orang atau sekitar 60 peratus jumlah penduduk terjejas melarikan diri dari wilayah Karabakh.

Suara Sarawak