ARTIKEL

Foto Ihsan FB Majlis Bandaraya Pulau Pinang

28 e-skuter dirampas atas faktor keselamatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merampas sebanyak 28 e-skuter dalam serbuan di sebuah premis perniagaan yang menjalankan sewa kenderaan mikromobiliti itu tanpa lesen di Lebuh Armenian di sini semalam.

MBPP dalam kenyataan memaklumkan Jabatan Pelesenan dan Pasukan Risikan serta Operasi Jabatan Penguatkuasaan MBPP telah menjalankan risikan sebelum menyerbu premis itu kira-kira 11 pagi.

Menurut kenyataan itu, hasil risikan Jabatan Pelesenan MBPP juga mendapati premis terbabit telah berselindung di sebalik sebuah kedai menyewa basikal dan turut menawarkan khidmat sewa e-skuter kepada orang ramai.

“Dalam serbuan itu, MBPP telah merampas sebanyak 28 e-skuter yang dijadikan sebagai barang perniagaan oleh premis yang menjalankan tred dan perniagaan tanpa lesen yang sah oleh MBPP.

“Semasa risikan dan pemantauan sebelum operasi ini dijalankan, sebuah e-skuter telah terlibat dalam satu kemalangan kecil dengan melanggar sebuah kereta, malah terdapat beberapa kenderaan e-skuter yang ditunggang secara berbahaya dan melulu di atas jalan raya yang dipenuhi kenderaan,” menurut kenyataan itu.

Pengusaha sewa kenderaan mikromobiliti berkenaan juga didapati tidak membuat kawalan ketat dan tidak mahu mengambil tanggungjawab terhadap pemanduan e-skuter yang disewakan kepada pengguna.

MBPP akan mempergiat penguatkuasaan dan pemeriksaan terhadap premis perniagaan kerana pihaknya memandang serius terhadap isu keselamatan dan kepentingan pengguna lalu lintas serta orang awam. —BERNAMA

BERITA LAIN

Polis buru 10 ahli kumpulan jenayah terancang

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan 10 individu disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah di sekitar Selangor. Pengarah Jabatan Siasatan

BERITA TERBARU

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti