ARTIKEL

28 kawasan terjejas banjir di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 28 kawasan di Sarawak merangkumi Bahagian Sibu, Bintulu, Miri dan Limbang terjejas banjir.

Ia berdasarkan laporan terkini Monsun Timur Laut yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak setakat jam 11 pagi tadi.

Setakat ini satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka dengan menempatkan seramai 132 mangsa banjir di Dewan Masyarakat Mendami, Limbang.

PPS tersebut telah dibuka pada jam 5 petang Rabu melibatkan 42 keluarga.

Kerja-kerja pemantauan kawasan berisiko banjir dan terjejas juga sedang giat dijalankan termasuk di Serian, Sri Aman dan Samarahan membabitkan lokaliti Asajaya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU