ARTIKEL

KELIHATAN api sedang marak memusnahkan sebuah bengkel dan kereta di Jalan Brayun dekat Taman Mutiara, malam tadi

28 kenderaan musnah dalam kebakaran bengkel di Simanggang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIMANGGANG: Sebanyak 28 buah kenderaan pelbagai jenis musnah apabila sebuah bengkel di Jalan Brayun dekat Taman Mutiara, di sini, terbakar malam tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais Adham Rosalan mengesahkan, kebakaran melibatkan struktur bangunan bengkel yang hangus sekitar 10 peratus.

Turut terbakar katanya, 28 buah kenderaan yang berada di sekitar kawasan bengkel.

“Sebanyak lima buahbkenderaan diinsurankan iaitu Perodua Alza yang terbakar 90 peratus, Toyota Hilux dan Proton Wira masing-masing terbakar 10 peratus, dua buah lagi terbakar 100 peratus.

“Manakala 23 kenderaan lagi tidak diinsurankan turut terbakar 100 peratus,” katanya kepada media, malam tadi.

Terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden kira-kira 8.42 malam.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman yang respons ke lokasi bertindak membuat pemadaman menggunakan dua aliran 300 kaki tiga bahagian pam jentera menggunakan sumber air dari tangki jentera.

“Sehingga kini punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya menambah insiden tidak mengakibatkan kemalangan jiwa.

Ketua Bomba dan Penyelamat Sri Aman Andrew Vengitasamy turut berada di lokasi.

LAIN-LAIN BERITA

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu

BERITA TERBARU