ARTIKEL

Abdul Karim (empat kanan) bersama Presiden Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA), Datuk Patrick Liew (empat kiri), mempamerkan Piala Tenis Premier Sarawak.

28 negara bersaing merebut Piala Tenis Premier Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Aksi kejohanan Tenis Dunia Junior J300 Piala Premier Sarawak Edisi Ke-40 bakal berlangsung sengit dengan penyertaan 136 pemain dari 28 buah negara.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata aksi pembuka tirai perlawanan akan berlangsung pada 22 April dan berakhir pada 28 April ini.

“Daripada 136 pemain, 67 daripadanya merupakan pemain lelaki manakala 69 orang adalah pemain wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media kejohanan Tenis Dunia Junior J300 Piala Premier Sarawak Edisi Ke-40 di bangunan Baitulmakmur II di sini, hari ini.

Beliau mendedahkan Australia antara negara menghantar teramai pemain dengan merekodkan seramai 21 pemain yang terdiri daripada 12 pemain lelaki dan sembilan pemain wanita.

Katanya, rata-rata pemain yang mewakili negara masing-masing telah mengesahkan akan bertandang ke bandaraya Kuching mulai esok.

“Mulai esok, lebih 200 orang terdiri daripada jurulatih dan ibu bapa dan pemain sendiri akan hadir awal ke sini menjelang kejohanan dan kita mengalu-alukan kedatangan mereka.

“Antara yang telah mengesahkan kehadiran awal ialah Australia, Belgium, Bulgaria, Kanada, China, Rusia dan ramai lagi dan ini sekali gus menjadi peluang Sarawak mempamerkan kepelbagaian budaya dan kehebatan sukan di negeri ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Karim memberitahu siaran secara langsung menerusi laman YouTube akan disediakan oleh pihak penganjur.

“Kejohanan kali ini turut menyediakan penstriman secara langsung di sepanjang perlawanan berlangsung.

“Dengan adanya penstriman itu, seluruh dunia dapat menyaksikan perlawanan sepanjang ia berlangsung,” katanya lagi.

Antara pesaing terkemuka yang turut mengesahkan kehadiran pada kejohanan kali ini ialah Hayden Jones yang merupakan pemain di kedudukan kesembilan dunia.

Sementara itu, Malaysia akan menghimpunkan seramai 15 pemain meliputi sembilan lelaki dan enam wanita bersaing dalam kejohanan ini.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)